Master Rey Resources

(Suhaimi Zainal)
Pelajar Terapi Reiki Level 1
-Uniform khas Master Rey-
Kepada anda yang masih dalam pencarian tentang ilmu tenaga dalaman ini bolehlah mempelajarinya dengan Bayaran RM150.00 Sahaja sebagai mahar pengaktifan tenaga yang telahpun terzahir dalam tubuh anda sekian lama sebagai tingkat pertama sebelum ketahap seterusnya.
Manusia mempunyai 3 tenaga iaitu Elektrik, Magnet dan Haba. Ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah dikurniakan sesuatu kelebihan dari Allah untuk dimanfaatkan sebaiknya. Tidak ada apa-apa pantang larang atau ikatan dalam ilmu tenaga ini! Ianya bukan dengan ikatan Jin mahupun Sihir.
Ini ialah tenaga semulajadi kita semua.
Anda hanya menggunakan Tenaga Minda 10% sahaja untuk mengatur kehidupan? Apabila ditingkatkan kepada 70% atau 100% apa yang berlaku?
3 Tenaga tadi jika digunakan Elektrik 1% sahaja mampu menyalakan lampu Pendaflor!
CARA MENGAKTIFKAN CHAKRA TENAGA PADA TELAPAK TANGAN
Untuk permulaan, anda hanya perlu mengosokkan tangan secara ritma perlahan dan semakin laju. Fokuskan dengan niat ingin mengalirkan tenaga keluar.
Kemudian, jarakkan telapak tangan anda secara berdepan sejengkal.
Fokuskan pada pengaliran tenaga anda. Untuk permulaan ianya mengambil masa hampir 10minit untuk berjaya merasakan gelombang getaran tenaga anda.
Ketika ini anda mula mendekatkan sedikit demi sedikit tangan anda sambil merasakan gelombang tenaga anda.
Anda akan merasakan tolakan dan tarikan tenaga serta tusukan elektrik pada jari dan telapak tangan. Tenaga anda terkumpul pada tengah-tengah antara jarak tangan anda, ianya keluar dengan niat sahaja namun pengfokusan deria rasa anda sahaja yang harus dilatih agar dapat merasakan gelombang tenaga itu!
Seterusnya anda boleh melakukan Scanning atau teknik imbasan tenaga tubuh anda. Selepas melakukan teknik mengaktifkan chakra telapak tangan, anda gunakan salah satu tangan anda untuk teknik imbasan tenaga. Dalam kajian sains membuktikan bahawa manusia mempunyai Aura/gelombang Tenaga sebagai perisai/antibody. So, anda boleh melakukan imbasan lapisan/ketebalan tenaga anda. Ikut gambar rajah disebelah. Dengan menjarakkan telapak tangan menghadap ke dada dalam 3jengkal. Kemudian medekatkannya sedikit demi sedikit anda akan merasakan 1 lapisan istimewa menembusi tangan anda.
Selamat Mencuba!
-Akan Datang-
Teknik Serangan Tenaga Jarak Jauh
(untuk mematikan Sihir/Gangguan Jin)
-Akan Datang-
Teknik Serangan Tenaga Jarak Jauh
(untuk mematikan Sihir/Gangguan Jin)
Maha Besar Allah Tuhan Pentadbir Alam.
ReplyDelete